|
Kata Aluan Pengetua
Assalamualaikum w.b.r.
Alhamdullillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t.
yang telah memberi kita hidayah dan petunjuk dalam
menjalani hidup ini serta bimbingan Nya dalam
melaksanakan tugas kita sebagai Hamba dan
Khalifah Nya dalam menuju kecemerlangan ummah
selouruhnya.
Tahun 2008 merupakan kesinambungan tahun- tahun
yang lalu. SMKA Wataniah telah meningkat usianya
62 tahun dan telah menyambut Jubli Perak pada
tahun 2002. Saya berasa bangga dan amat
bersyukur dengan semangat kerjasama yang
ditunjukkan oleh semua warga SMKA Wataniah
dalam menjayakan misi dan visi sekolah
berlandaskan Moto SMKAW: Berilmu, Beriman dan
Beramal.
Dalam era globalisasi dan ICT ini, penghasilan
sebuah laman web sekolah dapat menyebarluaskan
segala maklumat terkini tentang aktiviti dan
pencapaian sekolah agar dapat diketahui oleh
semua. Di samping itu laman web ini juga diharap
dapat menjadi penghubung bagi bekas- bekas
pelajar SMKAW.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya
ajukan kepada semua pihak yang terlibat bagi
menjayakan penghasilan laman web sekolah ini.
sekian terima kasih.
Hjh. Wan Sabriah bt Wan Bakar
Pengetua
SMKA Wataniah, Machang
|